Wednesday 5 February 2014

..sEnTiaSa diInGatAn - 2..


ziarah wada'..semuga bukan yang terakhir..meninggalkan madinah..meneruskan perjalanan untuk ibadah seterusnya..

setelah bermiqat di bir 'ali, kami berhenti untuk solat asar bagi sesiapa yang tidak melakukan jamak sebelumnya..seterusnya iftar dan maghrib di kawasan rehlah al afrah..
 
 
 
sejurus sampai di hotel penginapan, kami diberi masa 15 minit sahaja sebelum memulakan umrah wajib kami..untuk mengelakkan bertembung dengan Jemaah selesai berterawikh, kami terpaksa bergerak pantas sebelum dihalang dari memasuki masjidil haram..Jemaah masih lagi berterawikh semasa kami melakukan tawaf..kalau di rumah tengok tv hati dok tertanya2 jugak "kenapa la diaorang ni tak sempat2 nak bertawaf..tak boleh selesaikan terawikh tu dulu ker"..mmmmm..sekarang baru faham kenapa..becoz..i'm one of the 'org yg tak sempat2 nak bertawaf tu'..Subhanallah..
 
kesilapan teknik & kealpaan sendiri, beg2 kami tak tiba ke tpt penginapan sehingga la keesokkan harinya..mana peginya..atok afy dah gi repot kat wakil agent..tapi tak dapat jugak..sudahnya jumpa di hotel satu lagi..yang betulnya cuma tingkat jer..kesilapannyer kami tak letak nama hotel..bijak tak..macam la beg tu tau nak gi mana kan..alahai..di mana2 ujian..

tu tak termasuk kes Jemaah tertinggal bas..pertama kali alami..cumanya takut akak tu tersesat mencari jalan pulang jer..akhirnya kami temui dia di masjid di ja'aranah..menumpang bas Jemaah Indonesia katanya selepas bas rombongan kami meninggalkannya semasa di Jabal Rahmah..pulak!! adusss..macam2..



 
beberapa hari di makah, kengkadang rasa sungguh mencabar terutamanya bila balik dari solat asar..menguji keimanan sungguh..memang kena banyak minum air untuk menggantikan air yang keluar..peluh berjejeran especially masa solat..ke tandasnya kurang..
 
menunggu waktu asar, macam2 pemandangan yang dapat dilihat..nak balik ke hotel & dtg semula ke masjid utk asar memang tak ader dalam perancangan..dgn suhunya mencecah 40 darjah Celsius..memang tak berapa nak kuat iman..selain beritikaf, cara paling mudah mendapat pahala..paling tak dapat lupa & mengujakan bila Jemaah perempuan tak kira umur & bangsa datang spray muka dengan air sejuk bagi menyegarkan badan...ahhhh nyaman..
 
 
paling tak faham pulak, mengapa ader Jemaah lelaki (bkn Malaysian) yang nak jugak berpusu2 & berebut kat tempat wudhu' perempuan..memang menguji keimanan..
 
masjidil haram padat terutamanya pada malam jumaat & malam2 ganjil..Jemaah memenuhi ruang masjid bagai takder hari esok.. 
 

flight balik kami delay 1 hari..meaning we had to extend another day..travel agent dok calculate samada we all should stay in makkah depending on the availability of the hotel or stay in Jeddah..mana lebih cost effective..mana2 pon kami tetap kena bear the cost of the extended day..camner la Saudi airline ni buat calculation..agaknya berada di Tanah Haram ni membuatkan kami tak banyak bunyi walaupon dalam hati berkata2 jugak..hikmahnya..kami berpeluang beribadah untuk sehari lagi..di malam jumaat..aminnnn..syukurrrr...
 
sesungguhnya hati memang tidak pernah berasa puas berada di Tanah haram..setiap kunjungan memberikan pengalaman yg sentiasa berbeza..tapi bila sudah melalui ramadhan di sini, rasanya ramadhanlah bulan terbaik untuk kesini lagi.."ya Allah..jemputlah aku ke rumah Mu lagi..jadilah aku insan terpilih yang mengunjungi rumah Mu Allah"..aminnnnn...
 
Kaabah aku datang....